Tuesday, January 21, 2014

ENTRI KETIGA

3.0 AYAT


3.1 DEFINISI
  • Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
  • Mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada frasa yang terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.
  • Boleh terbentuk daripada satu perkataan/susunan beberapa perkataan.
  • Mengandungi intonasi yang sempurna.
3.1 CARA MENGENALI AYAT
  • Subjek dan predikat
  • Binaan ayat
  • Jenis ayat
  • Ragam ayat
a) Subjek dan Predikat

Subjek : Perkara/benda yang menjadi fokus.
Predikat : Huraian/cerita tentang perkara yang difokuskan.

Subjek
Predikat
Adik saya
pemain bola sepak.
Kami
ke bandar.

b) Binaan ayat

Ayat Dasar
Amir pergi ke bank.
Ayat Tunggal
Amir pergi ke bank pada pagi semalam.
Ayat Majmuk
Amir pergi ke bank pada pagi semalam kerana ingin membayar bil.

3.2 AYAT DASAR
  • Asas kepada pembentukan ayat-ayat lain.
POLA
CONTOH
Frasa Nama + Frasa Nama
Beliau + guru sejarah = Beliau guru sejarah.
Frasa Nama + Frasa Kerja
Murid itu + sedang tidur = Murid itu sedang tidur.
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Budak itu + comel = Budak itu comel.
Frasa Nama + Frasa Sendi
Abu + ke pejabat = Abu ke pejabat.

Ciri-ciri ayat dasar :
  • Mengandungi satu subjek dan satu predikat. 
         CONTOH : 
Subjek
Predikat
Abu
pergi memancing.
  • Susunan ayatnya biasa.
         CONTOH : Beliau sedang bermesyuarat.
  • Terdiri daripada ayat penyata sahaja.
          CONTOH : Rumah itu berwarna hitam.
  • Tiada keterangan.
          CONTOH : Abang sedang memandu.

3.3 AYAT TUNGGAL
  • Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja.
  • Memiliki satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
  • Terbit daripada ayat dasar.
  • Binaan ayat yang menyamai ayat dasar.
Contoh :

Subjek
Predikat
Ibu Ahmad
guru.
Dia
membaca buku itu.
Buruh binaan itu
sangat letih.
Saliha
ke Sabah petang semalam.

PERBEZAAN AYAT TUNGGAL DENGAN AYAT DASAR.
  • Antara perbezaannya ialah semua ayat dasar merupakan ayat PENYATA. manakala semua ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.
  • Perbezaan kedua adalah tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat.
  • Terdapat susunan di mana predikat (seluruh/sebahagian) mendahului ayat
Contoh :

Susunan 1
Susunan 2
Salmah ke Perak petang tadi.
Ke Perak Salmah petang tadi.
Pen itu di atas lantai.
Di atas lantai pen itu.
Dia menulis karangan.
Menulis karangan dia.
Bayi itu dibelainya.
Dibelainya bayi itu.
ENTRI KEDUA

2.0 KLAUSA

2.1 DEFINISI
  • Satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
  • Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. 
  • Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.
  • Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
  • Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk.
  • Hal ini kerana ayat-ayat mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
  • Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa Melayu.

2.2 JENIS KLAUSA

2.2.1 KLAUSA BEBAS
  • Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis.
Klausa
Ayat
Subjek
Predikat
Subjek
Predikat
budak itu
menendang bola
Budak itu
menendang bola.
mereka
ke bandar
Mereka
ke Bandar.


2.2.2 KLAUSA TAK BEBAS
  • Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
  • Ciri utamanya ialah didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
  • Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
  1. Ahmad gagal  kerana dia malas berusaha
  2. Sungguhpun dia sibuk, dia datang  juga ke majlis itu.
  3. Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.

Tuesday, January 7, 2014

Salam Pengenalan





BMM 3110: SINTAKSIS

ENTRI PERTAMA

1. 0 DEFINISI SINTAKSIS

Perkataan sintaksis ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu sun yang bermaksud ´dengan´ dan ‘tattein’ yang bermaksud menempatkan kata-kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata ‘suntattein’ ini kemudian menjadi istilah ‘syntaxis’ dalam bahasa Belanda, dan ‘syntax’ dalam bahasa Inggeris.

     Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Bagi Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar. Menurut Pendeta Za’ba melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1 dalam permulaan nahu Melayu.

ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya”

( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm.148 )

     Melalui maksud ayat yang diberi oleh Za’ba, maka boleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini  bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna maksud.

     Menurut Asmah Haji Omar pula,ayat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap. Ayat juga mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut. Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama dengan Farid M. Onn, Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :

“Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan 
(Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam  Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 150 )

      Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah perkataan. Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ayat dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan. Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan atau konsturksi. Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disiplin bahasa yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.
   
1.1 STRUKTUR BINAAN SUBJEK DAN PREDIKAT

Subjek
Konstituen yang terdiri daripada sama ada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat
Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Subjek
Predikat
(1). Ali (FN)
peniaga  (FN)
(2). Pemburu  itu  (FN)
melontar lembing (FK)
(3). Bajunya (FN)
cantik sekali (FA)
(4). Rumah itu (FN)
di tepi sawah (FS)

Contoh:

Subjek
Predikat
(5). Amin
(6). Abang kandungku
(7). Pegawai kastam itu
guru besar di sekolah baru itu.
sedang berehat di bilik sebelah.
amat cekap.

Ayat di atas boleh juga disongsangkan dengan melakukan pendepanan predikat dan meletakkan subjek di belakang.

Subjek
Predikat
(8). Guru besar di sekolah baru itu
(9). Sedang berehat di bilik sebelah
(10). Amat cekap
 Amin.
abang kandungku.
pegawai kastam itu.

1.2   Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Ayat dasar :  ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti , iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).

Ayat terbitan : ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.

Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.

Contoh :

Ayat Dasar                             --------à          Ayat terbitan (perluasan)

(11) Faridah  guru          (FN+FN)    =>          Faridah guru yang sabar.
(12) Ah Meng berlari       (FN+FK)    =>         Ah Meng berlari dengan pantas.
(13) Pak Cik membaca    (FN+FK)    =>         Pak Cik membaca surat khabar.
(14) Kucing comel           (FN+FA)    =>         Kucing comel itu kesayangan Mama.
(15) Mak Limah ke sawah  (FN+FS)     =>          Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

RUJUKAN
  • Siti Hajar Abdul Aziz   (2008).  Bahasa Melayu IIPetaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
  • Nik Safiah Karim et.al (2006). Tatabahasa Dewan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Raminah Hj.Sabran,Rahim Syam (1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.  Kuala Lumpur: Fajar Bakti.