Thursday, February 13, 2014

NOTA BERDASARKAN PROFORMA
TOPIK 10 : Ayat Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK


1) AYAT, KLAUSA, FRASA DAN PERKATAAN

a) Ayat
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).

Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.

Contoh :
(1). Sekolah di tepi laut.
Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat. Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak di tepi laut.

(2) Rumah langsir biru.
Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut. 

b) Klausa
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas

Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)

Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa bebas juga disebut sebagai klausa utama.

Berdasarkan contoh :
Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
[klausa bebas] [ klausa tak bebas]
[klausa utama]

Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.  

c) Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.  

Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya. Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.


d) Perkataan
Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008). Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu. Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya.

Contoh:
kata nama: pelajar, ayah, Seremban, taman
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi 



2) Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa.
Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat pola asas iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS 

Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.
Contoh: 

3) Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat.
Contoh


Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:

(a) Mariam ke pasar raya hari ini.
(b) Ke pasar raya Mariam hari ini.

(a) Baju itu di dalam almari.
(b) Di dalam almari baju itu.

(a) Kuih itu dimakannya.
(b) Dimakannya kuih itu.

(a) Pokok kayu itu ditebangnya.
(b) Ditebangnya pokok kayu itu.

Berdasarkan contoh-contoh ayat tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek bahasa dan rumus tatabahasa. 

RUJUKAN UTAMA 

  • Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 
  • Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing               Sdn.Bhd. 
  • Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan           Pustaka.
  • Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd. 


NOTA BERDASARKAN PROFORMA
TOPIK 9 : Frasa Sendi Nama Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK



1) Binaan Frasa Sendi Nama
Frasa sendi nama ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa. Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu. (Nik Safiah Karim et.al,2008). Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006). Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada , pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.


a) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Frasa dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh: 


b) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama
Frasa sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir tanpa kata nama arah.




c) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)
Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.



2) Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat
Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain, frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

a )Predikat Frasa sendi Nama
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
  • Ahmad ke sekolah setiap hari.
  • Kolam ikan di tepi taman.
  • Yushiro dari bandar raya Tokyo.
  • Kerusi itu daripada kayu jati.
  • Hadiah ini untuk ibu Zarina.
  • Bahaman daripada keluarga seni.


b) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.
Contoh:

(i) Keterangan bagi frasa kerja
Contoh:
  • Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
  • Dahlan memasak pada waktu petang. (keterangan masa)
  • Marini berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
  • Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
  • Sultan Mansur Syah hadir dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
  • Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
  • Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)


(ii) Keterangan bagi frasa adjektif
Contoh :
  • John segak seperti model. (keterangan bandingan)
  • Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
  • Dia rabun pada waktu malam. (keterangan masa)
  • Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)


(iii) Keterangan bagi frasa nama
Contoh:
  • Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
  • Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
  • Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
  • Keris itu diperbuat daripada besi. (keterangan sumber)
  • Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat) 


3) Penggunaan Kata Sendi Nama
Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.

Contoh:
  • Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
  • Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya ?
  • Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
  • Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi ke Austria.


Dalam ayat pertama di atas, frasa sendi nama dengan kata hubung dari boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.
Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua ialah:

  • Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
  • Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya ?
  • Tuan Haji Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.
  • Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.


Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.
Contoh :
  • Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
  • Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)


Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat.  

NOTA BERDASARKAN PROFORMA
TOPIK 8 : Frasa Adjektif Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK





1) Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. 

a) Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.

Contoh:
Stadium itu sudah usang.
Dalam ayat di atas [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu + kata adjektif]

Ayat di atas boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.
Contoh-contoh lain:
  • Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)

          Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek]
  • Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )

          Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]


b) Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh: 



c) Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.  



Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.
Contoh:
  • Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
  • Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.
  • Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara.
  • Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.  

NOTA BERDASARKAN PROFORMA 
TOPIK 7 : Frasa Adjektif Bahasa Melayu

KERANGKA TOPIK


1)Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.


Contoh :
(1) . Wak Samad sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu + penguat + kata adjektif]

Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah: 


Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.


a) Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
  • Salim sangat rajin.
  • Guru pelatih itu cergas
  • Dia kelihatan ceria.
  • Penglihatannya kabur.
  • Tanamannya subur


b) Binaan Kata Adjektif Dua Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:

(i) kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
·         letih lesu
·         cantik molek
·         lemak manis
·         penat lelah

(i) kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
·         jatuh bangun
·         hidup mati
·         baik buruk
·         susah senang

·         pahit maung  

2) Penguat
Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:
(i) Penguat hadapan
(ii) Penguat belakang
(iii) Penguat bebas


i) Penguat Hadapan
Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
Penguat hadapan terdiri daripada kata terlalu dan paling.
Contoh:
  • Rumahnya terlalu besar.
  • Lukisan itu paling cantik.


ii) Penguat Belakang
Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian
  • Pakaian puteri itu cantik sekali.
  • Kereta lembu itu lambat benar.
  • Taman Bunga di istana itu indah nian.


iii) Penguat Bebas
Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
  • Kubah masjid itu amat besar.
  • Gerakan dan gaya pesilat Malaysia tangkas sungguh.


Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:
  • Percakapan orang tua itu sungguh amat kasar .
  • Perangai anaknya terlalu amat sopan. 



Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantu sudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.
Contoh:
  • Anaknya sudah besar.
  • Sayur-sayuran dikebun itu masih belum subur.
  • Pekerja yang berkualiti harus cekap.


Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai
Contoh:
  • Kedudukan khemah itu masih amat jauh.
  • Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.
  • Pekerja baru itu belum sangat cekap.
  • Anak sulungnya itu sungguh masih muda.
  • Pelajar kelas peralihan itu sungguh telah pandai.