Sunday, February 9, 2014

NOTA BERDASARKAN PROFORMA
TOPIK 5 : FRASA KERJA BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Kerja
  • Binaan kata kerja terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif.
  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek sebagai penyambut.
  • Kata kerja tak transitif juga dikatakan sebagai kata kerja yang tidak memerlukan frasa nama sebagai objek (penyambut) untuk melengkapkannya.

Frasa Kerja Tanpa Objek
  • Frasa kerja tanpa objek merupakan jenis frasa yang tidak memerlukan penyambut (objek) dan boleh berdiri sendiri dalam sesuatu binaan predikat.
Contoh :
                      I.        Faisal tidur lena.
                     II.        Budak nakal itu terjatuh lagi.
                    III.        Dia selalu bergaduh.

  • Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat I , II dan III menunjukkan kata kerja tidur, terjatuh dan bergaduh. 
  • Kata kerja tersebut tidak memerlukan atau tidak tidak diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. 
  • Namun kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur pelengkap dan penerang.
   Contoh:
              I.        Faisal tidur lena di bilik tidur.
             II.        Budak nakal itu terjatuh lagi setelah terpijak kulit pisang.
            III.        Dia selalu bergaduh sesama rakan sekolah.

  • Dalam ayat I, II, dan III, kata kerja telah diberi unsur pelengkap dan penerang.
  • Biarpun begitu, ayat ini masih mengekalkan konsep kata kerja tak transitif (tanpa objek)
  • Pelengkap ialah perkataan yang hadir selepas kata kerja transitif dan berfungsi untuk melengkapkan kata kerja tersebut. 

Frasa Kerja Dengan Objek
  • Frasa kerja dengan objek dikenali juga sebagai frasa kerja transitif.
  • Frasa kerja transitif mempunyai dasar kata kerja transitif.
  • Kata kerja transitif pula ialah kata kerja yang memerlukan objek.
  • Kata kerja jenis ini mesti diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut untuk melengkapkan kata kerja tersebut.
Contoh: 









Contoh ayat lengkap:
                      I.        Pelajar itu menaikkan bendera semasa perhimpunan.
                     II.        Ibu menganyam tikar setiap hari.
                    III.        Mahmud membaiki radio yang telah rosak.

  • Frasa kerja juga boleh menerima unsur keterangan. Dalam ayat I, II dan III, frasa yang bergaris ialah unsur keterangan yang mengikuti objek.
  • Unsur keterangan juga boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
  • Dalam konteks ini, kadang-kala terdapat kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa menggunakan frasa kerja sebagai predikat.
  • Hal yang demikian berlaku dalam proses membina sesuatu ayat.
  • Contoh kesilapan dapat dilihat dalam ayat I hingga ayat II.
                      I.        Zamani akan melaporkan kepada warden asrama tentang kejadian itu.
                     II.        Halijah menggenggam erat tangan suaminya.
                    III.        Datuk Amran menghasilkan banyak produk berasaskan herba.
                   IV.        Lee Chong Wei menghantar dengan tenang bulu tangkis ke jaring.
                    V.        Tuan Pengarah sedang membincangkan tentang isu pendidikan.
  • Semua ayat di atas tidak menepati sistem penggunaan kata/frasa kerja transitif. 
  • Ayat-ayat yang tersebut di atas harus ditulis begini: (rujuk ayat di bawah 
                      I.       Zamani akan melaporkan kejadian itu kepada warden asrama
                     II.       Halijah menggenggam tangan suaminya dengan erat.
                    III.       Datuk Aman menghasilkan produk berasaskan herba.
                    IV.       Lee Chong Wei menghantar bulu tangkis ke jaring dengan tenang.
                     V.       Tuan Pengarah sedang membincangkan isu pendidikan.

  • Catatan: kejadian’, ‘tangan’, ‘produk ’, ‘bulu tangkis’ dan ‘isu pendidikan’ ialah objek yang mesti hadir selepas kata kerja transitif.                    

No comments:

Post a Comment