Sunday, February 9, 2014

NOTA BERDASARKAN PROFORMA
TOPIK 4 : SUSUNAN KONSTITUEN FRASA NAMA BAHASA MELAYU


Konstituen Frasa Nama

Konstituen Frasa Nama dalam tatabahasa Bahasa Melayu mengandungi aspek-aspek yang telah disusun secara sistematik berdasarkan rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu :
  1. Peraturan D-M (Hukum D-M)
  2. Kekecualian Hukum D-M
  3. Bilangan dan panggilan 
1) Peraturan D – M (Hukum D - M)
  • Dalam tatabahasa bahasa Melayu, D-M membawa maksud diterangkan (D) dan menerangkan (M).
  • Dalam peraturan ini, unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang hadir pada kedudukan yang kedua.
  • Contoh : 














Contoh-contoh lain:

  • sos cili (bukan cili sos)
  • Restoran Ali ( bukan Ali Restoran)
  • Kedai Makanan Rahim ( bukan Rahim Kedai Makan / Kedai Makan Rahim)
  • pisang goreng (bukan goreng pisang)
  • kentang goreng ( bukan goreng kentang)
  • cakera padat (bukan padat cakera/compact disc)
  • sup kambing ( bukan kambing sup)
  • nasi goreng (bukan goreng nasi) 

2) Kekecualian Hukum D - M

  • Konsep kekecualian wujud dalam kebanyakan bahasa di dunia bagai merasionalkan penggunaan sistem bahasa yang sudah lazim dipakai secara mantap dalam masyarakat pengguna bahasa.
  • Hal yang demikian berlaku disebabkan oleh kecenderungan pengguna bahasa menggunakan sistem bahasa lain bagi bahasa sendiri, seperti sesetengan penguna bahasa Melayu yang gemar menggunakan sistem bahasa Inggeris sebagai kayu ukur berbahasa.
  • Lama-kelamaan, keadan itu menjadi perkara lazim dan terhasillah satu fenomena bahasa yang menyimpang dari rumus tatabahasa dalam konteks hukum D - M.
  • Selain itu, kekecualian hukum D - M juga wujud akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama sekali yang melibatkan pada nama-nama jawatan.
  • Kebiasaan ini mewujudkan kelaziman yang semakin diterima penggunaannya dalam masyarakat pengguna bahasa.
Contoh: 
  • Namun, hal ini tidak berlaku pada frasa menteri besar, menteri kanan, menteri pengangkutan, imam besar, dan seumpamanya.
  • Contoh penggunaan dalam ayat:
  1. Perdana Menteri Malaysia yang pertama ialah YTM Tunku Abdul Rahman.
  2. Ibu pejabat Kastam daerah Johor Bahru dipindahkan ke Jalan Aman.
  3. Ketua Hakim Negara telah bercuti selama dua hari.
  4. Timbalan Perdana Menteri membuat lawatan kerja ke Syria.
  5. Jawatan Naib Presiden disandang oleh Dato Hj. Mohd.Ali.
  6. Naib presiden yang baharu telah berucap dalam majlis perasmian.

3) Bilangan dan Panggilan
  • Kata bilangan yang berfungsi sebagai penerang dalam frasa nama boleh wujud di hadapan katan nama inti.
  • (Abdullah Hassan, 2006) Dalam konteks ini, bilangan yang digunakan merujuk kepada unsur numerik yang menjadi penanda kepada jumlah yang difokuskan dalam frasa. Contoh:
  • Lima ekor kuda
  • segolongan kecil peneroka
  • kelima-lima pendekar silat
  • sekumpulan penyelidik
  • segelintir pengundi
  • sejumlah wang
  • sebilangan besar pekerja
    Contoh ayat:
  • Lima ekor kuda telah dibeli oleh Haji Tahir.
  • Segolongan kecil peneroka sudah menanam pokok gaharu.
  • Kelima-lima pendekar silat itu menunjukkan gaya kepahlawanan.
  • Sekumpulan penyelidik sudah mendapat elaun khas.            
Secara lebih khusus, kata bilangan boleh dibahagikan kepada enam kumpulan berdasarkan makna (Hashim Hj.Musa, 1993);

i. Kata bilangan tentu
ii.Kata bilangan tak tentu
iii.Kata bilangan himpunan
iv.Kata bilangan pisahan
v.Kata bilangan pecahan; dan
vi.Kata bilangan tingkatan 


Kata Bilangan Tentu

  • Kata bilangan yang mendukung makna tentu yang menjurus kepada bilangan khusus terdiri daripada angka yang boleh dilambangkan dengan simbol atau huruf abjad.


                Contoh:
                                                         

satu = 1


empat = IV

dua = 2
sepuluh = X

   
               Contoh ayat:
  1. Konvokesyen ke-2 telah dilaksanakan pada hari semalam.
  2. Sukan Asia ke-XIV telah mencatat satu sejarah kegemilangan atlet Malaysia.
  3. Dollah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian.
  4. Shakira mempunyai empat ekor anak kucing.
  5. Hang Tuah memiliki dua ekor kuda putih . 
Kata Bilangan Tak Tentu
  • Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang tidak khusus .

            Contoh:

               Segala, semua , banyak ,sedikit, beberapa, sekalian, sekelompok.

          Contoh ayat:
  1. Beberapa orang guru telah ditukarkan ke sekolah pedalaman.
  2. Kegiatan gotong-royong itu disertai oleh semua penduduk kampung.
  3. Segala bantuan yang diberikan oleh pihak sekolah amat dihargai. 
Kata Bilangan Himpunan
Kata bilangan yang merujuk kepada jumlah bilangan yang terhimpun atau terkumpul.

Contoh:
berpuluh-puluh, berbelas-belas, beratus-ratus, beribu-ribu, kedua-dua, kelima-lima, kesemua.

Contoh ayat:
  1. Berpuluh-puluh kenderaan tentera telah bergerak ke sempadan negara.
  2. Kedua- dua peninju itu telah diberi penghargaan oleh pihak persatuan.
  3. Kesemua mangsa banjir telah dipindahkan ke tempat yang selamat. 
Kata Bilangan Pisahan
  • Kata bilangan jenis pisahan merujuk kepada unsur pemisahan dalam proses memerihalkan bilangan yang menjadi dasar pokok pernyataan.
  • Kata jenis ini juga adalah sejumlah perkataan yang menyokong makna bilangan yang terasing.
Contoh:
masing-masing, setiap, tiap-tiap

Contoh ayat:
  1. Masing-masing ada pendapat yang tersendiri dalam isu pembangunan sukan.
  2. Setiap hari dilalui oleh Pak Malau dengan hati yang tabah.
  3. Tiap-tiap pasukan mempunyai ketua yang dilantik oleh pihak pengurusan. 
Kata Bilangan Tingkatan
Kata bilangan tingkatan merujuk kepada sejumlah perkataan yang mendukung makna taraf tingkatan bilangan.
Contoh:
pertama, kedua, ketiga , keseribu.

Contoh ayat:
  1. Gerai pertama menjadi perhatian pembeli.
  2. Dia mampu meraih tempat kedua sahaja dalam pertandingan tersebut.
 4) Panggilan / Kata Panggilan
  • Sementara itu, konsep panggilan ( kata panggilan) merupakan unsur frasa nama yang hadir sebelum kata nama inti ( Abdullah Hassan, 2008).
  • Jenis-jenis kata panggilan seperti Tuan, Puan , Tunku, Tun, Haji, Datuk dan seumpamanya lazim digunakan sebelum kata nama inti.
  • Kata panggilan merupakan satu sistem yang digunakan dalam bahasa Melayu bagi tujuan penghormatan, pengiktirafan ataupun penentuan identiti secara lebih khusus.
Contoh:
  • Datuk Maharaja Lela Profesor Ungku Aziz
  • Datuk Sagor Tunku Kamalia
  • Haji Abdul Rahman Limbong Syed Zain Barakbah
  • Tuan Adam Sharifah Mona Alsagoff
  • Puan Mastura Chong Tan Sri Malik Kamal
Contoh ayat :
  • Datuk Maharaja Lela ialah seorang pejuang yang menentang Inggeris di
  • Perak.
  • Profesor Ungku Aziz merupakan seorang pencetus idea penubuhan tabung
  • pengurusan haji di Malaysia.
  • Datuk Sagor harus diingati sebagai seorang pahlawan. 

No comments:

Post a Comment