Thursday, February 13, 2014

NOTA BERDASARKAN PROFORMA
TOPIK 8 : Frasa Adjektif Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK





1) Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat

Frasa adjektif ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif. 

a) Frasa Adjektif Sebagai Predikat
Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.

Contoh:
Stadium itu sudah usang.
Dalam ayat di atas [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat, [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur berikut :
[kata bantu + kata adjektif]

Ayat di atas boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.
Contoh-contoh lain:
  • Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)

          Putih bersih kulitnya (susunan songsang) [predikat + subjek]
  • Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )

          Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]


b) Frasa Adjektif Sebagai Keterangan
Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh: 



c) Frasa Adjektif Sebagai Penerang Kata Nama
Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.  



Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat tersebut akan menjadi ayat komplemen.
Contoh:
  • Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
  • Zulmazran Zulkifli yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.
  • Peserta kursus sedar bahawa mereka harus tidur di khemah sementara.
  • Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.  

No comments:

Post a Comment