2.0 KLAUSA
2.1 DEFINISI
- Satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.
- Unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat.
- Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.
- Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
- Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk.
- Hal ini kerana ayat-ayat mempunyai dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.
- Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentuk ayat dalam bahasa Melayu.
2.2 JENIS KLAUSA
2.2.1 KLAUSA BEBAS
- Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan dengan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau ditulis.
Klausa
|
Ayat
|
||
Subjek
|
Predikat
|
Subjek
|
Predikat
|
budak itu
|
menendang bola
|
Budak itu
|
menendang bola.
|
mereka
|
ke bandar
|
Mereka
|
ke Bandar.
|
2.2.2 KLAUSA TAK BEBAS
- Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dengan klausa bebas, yakni terdiri daripada unsur subjek dan predikat.
- Ciri utamanya ialah didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
- Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
- Ahmad gagal kerana dia malas berusaha.
- Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga ke majlis itu.
- Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
No comments:
Post a Comment