3.0 AYAT
3.1 DEFINISI
- Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
- Mengandungi unsur klausa, manakala klausa terbentuk daripada frasa yang terdiri daripada bentuk-bentuk perkataan.
- Boleh terbentuk daripada satu perkataan/susunan beberapa perkataan.
- Mengandungi intonasi yang sempurna.
3.1 CARA MENGENALI AYAT
- Subjek dan predikat
- Binaan ayat
- Jenis ayat
- Ragam ayat
a) Subjek dan Predikat
Subjek : Perkara/benda yang menjadi fokus.
Predikat : Huraian/cerita tentang perkara yang difokuskan.
Subjek
|
Predikat
|
Adik saya
|
pemain bola sepak.
|
Kami
|
ke bandar.
|
b) Binaan ayat
Ayat Dasar
|
Amir pergi ke bank.
|
Ayat Tunggal
|
Amir pergi ke bank pada pagi semalam.
|
Ayat Majmuk
|
Amir pergi ke bank pada pagi semalam kerana ingin membayar bil.
|
3.2 AYAT DASAR
- Asas kepada pembentukan ayat-ayat lain.
POLA
|
CONTOH
|
Frasa Nama + Frasa Nama
|
Beliau + guru sejarah = Beliau
guru sejarah.
|
Frasa Nama + Frasa Kerja
|
Murid itu + sedang tidur = Murid itu sedang tidur.
|
Frasa Nama + Frasa Adjektif
|
Budak itu + comel = Budak itu comel.
|
Frasa Nama + Frasa Sendi
|
Abu + ke pejabat = Abu ke pejabat.
|
Ciri-ciri ayat dasar :
- Mengandungi satu subjek dan satu predikat.
CONTOH :
Subjek
|
Predikat
|
Abu
|
pergi memancing.
|
- Susunan ayatnya biasa.
CONTOH : Beliau sedang bermesyuarat.
- Terdiri daripada ayat penyata sahaja.
CONTOH : Rumah itu berwarna hitam.
- Tiada keterangan.
3.3 AYAT TUNGGAL
- Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja.
- Memiliki satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
- Terbit daripada ayat dasar.
- Binaan ayat yang menyamai ayat dasar.
Subjek
|
Predikat
|
Ibu Ahmad
|
guru.
|
Dia
|
membaca buku itu.
|
Buruh binaan itu
|
sangat letih.
|
Saliha
|
ke Sabah petang
semalam.
|
PERBEZAAN AYAT TUNGGAL DENGAN AYAT DASAR.
- Antara perbezaannya ialah semua ayat dasar merupakan ayat PENYATA. manakala semua ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dan sebagainya.
- Perbezaan kedua adalah tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat.
- Terdapat susunan di mana predikat (seluruh/sebahagian) mendahului ayat
Contoh :
Susunan 1
|
Susunan 2
|
Salmah ke Perak petang tadi.
|
Ke Perak Salmah petang tadi.
|
Pen itu di atas
lantai.
|
Di atas lantai pen
itu.
|
Dia menulis karangan.
|
Menulis karangan dia.
|
Bayi itu dibelainya.
|
Dibelainya bayi itu.
|
No comments:
Post a Comment