4.0 SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL
- Terdapat dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
SUSUNAN BIASA
- Suasana ucapan adalah biasa.
- Tiada terdapat penegasan yang khusus pada mana-mana unsurnya.
Subjek
|
Predikat
|
Pelari itu
|
telah memenangi tempat
pertama.
|
Beberapa buah rumah
|
musnah dalam kebakaran
itu.
|
Setengah-setengah
bangunan lama itu
|
masih kukuh lagi.
|
Penyalahgunaan dadah
|
salah di sisi
undang-undang.
|
SUSUNAN SONGSANG
- Melalui proses pendepanan atau penjudulan.
- Unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek.
- Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan.
- Terdapat dua jenis proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat.
i) Pendepanan seluruh predikat.
- Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek.
Susunan Biasa
|
Ayat songsang yang dikedepankan
seluruh predikat
|
Perangainya baik
sungguh.
|
Baik sungguh
perangainya.
|
Pendaki itu berjaya
juga akhirnya.
|
Berjaya juga akhirnya
pendaki itu.
|
Rasa buah itu enak
sekali.
|
Enak sekali rasa buah
itu.
|
Nasibnya sungguh
malang
|
Sungguh malang
nasibnya.
|
ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat
- Bahagian-bahagian dalam predikat yang terlibat :
a) Pendepanan frasa kerja.
b) Pendepanan frasa adjektif.
c) Pendepanan frasa sendi nama.
a) Pendepanan Frasa Kerja
- Melalui proses ini , bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh alami proses pendepanan.
Pendepanan kata kerja sahaja.
Susunan Biasa
|
Pendepanan Kata Kerja
|
Hati saya terkilan
tadi.
|
Terkilan hati saya
tadi.
|
Mereka berlatih setiap
hari.
|
Berlatih mereka setiap
hari.
|
Dia terduduk di situ.
|
Terduduk dia di situ.
|
Bayi itu menangis
setiap malam.
|
Menangis bayi itu
setiap malam.
|
Pendepanan kata kerja dengan objek.
Susunan Biasa
|
Pendepanan Kata Kerja dengan Objek
|
Dia membaca buku di
perpustakaan.
|
Membaca buku dia di
perpustakaan.
|
Pak Ali menanam tebu
tahun ini.
|
Menanam tebu Pak Ali tahun
ini.
|
Abu tersadung batu
dalam permainan itu.
|
Tersadung batu Ali
dalam permainan itu.
|
Murid nakal itu kena
denda semalam.
|
Kena denda murid nakal
itu semalam.
|
Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Susunan Biasa
|
Pendepanan Kata Kerja dengan Kata
Bantu
|
Budak-budak itu masih
bermain.
|
Masih bermain
budak-budak itu.
|
Abangnya baru sampai
dari perantauan.
|
Baru sampai abangnya
dari perantauan.
|
Guru itu sedang
mengajar.
|
Sedang mengajar guru
itu.
|
Mereka akan pergi ke
Pahang petang esok.
|
Akan pergi ke Pahang
mereka petang esok.
|
b) Pendepanan frasa adjektif
- Dalam susunan ayat biasa, kata adjektif hadir dalam predikat yang terletak selepas sesuatu subjek.
- Susunan boleh ditebalikkan dengan meletakkan frasa adjektif di bahagian hadapan ayat iaitu mendahului subjek.
- Bahagian yang dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata adjektif dengan kata bantu.
Pendepanan Kata Adjektif sahaja.
Susunan Biasa
|
Pendepanan Kata Adjektif
|
Dia sakit pada masa
itu.
|
Sakit dia pada masa
itu.
|
Badannya lesu
sepanjang masa.
|
Lesu badannya
sepanjang masa.
|
Orang tua itu lumpuh
dengan tiba-tiba.
|
Lumpuh orang tua itu
tiba-tiba.
|
Pelajar itu baik dalam
aspek sahsiahnya.
|
Baik pelajar itu dalam
aspek sahsiahnya.
|
Pendepanan Kata Adjektif dengan Kata Bantu.
Susunan Biasa
|
Pendepanan Kata Adjektif dengan Kata
Bantu
|
Ikan itu belum tentu
baik.
|
Belum tentu baik ikan
itu.
|
Bangunan tua itu masih
teguh lagi.
|
Masih teguh lagi
bangunan lama itu.
|
Orang tua itu sedang sakit
tenat.
|
Sedang sakit tenat
orang tua itu.
|
Anak professor belum
tentu pandai.
|
Belum tentu pandai
anak profesor.
|
c) Pendepanan frasa sendi nama
- Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapaan, iaitu mendahului subjek.
- Frasa sendi nama dalam susunan ayat biasa hadir pada konstituen predikat, sama ada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat : Frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Frasa Sendi Nama sebagai Predikat
Susunan Biasa
|
Frasa Sendi Nama sebagai Predikat
|
Barang-barang itu
untuk ibu.
|
Untuk ibu
barang-barang itu.
|
Surat ini daripada
Ali.
|
Daripada Ali surat
ini.
|
Tiket basnya masih
pada saya.
|
Masih pada saya tiket
basnya.
|
Dia di Selangor
sekarang.
|
Di Selangor dia
sekarang.
|
Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan dalam Predikat
Susunan Biasa
|
Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
dalam Predikat
|
Saya berpegang pada
janji.
|
Pada janji saya
berpegang.
|
Encik Ali akan
menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini.
|
Pada hujung minggu ini
Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
|
Pejuang-pejuang itu
merempuh ke dalam kota.
|
Ke dalam kota
pejuang-pejuang itu merempuh.
|
Murid itu menelaah
pelajaran untuk peperiksaan akhir.
|
Untuk peperiksaan
akhir murid itu menelaah pelajaran.
|
No comments:
Post a Comment