NOTA BERDASARKAN
PROFROMA
TOPIK 1 : Sintaksis :
Bidang Kajian
1) Struktur Binaan Ayat
- Binaan/konstruksi merupakan setiap pembentukan ayat
dalam sesuatu bahasa.
- Binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur/konstituen.
CONTOH
:
1) Kassim makan. --- ayat 1 merupakan
binaan.
2) Kassim --- unsur/konstituen
3) makan --- unsur/konstituen
- Namun pada umumnya, ayat dalam Bahasa Melayu jauh
lebih panjang dan kompleks daripada contoh yang diberikan di atas, dan
dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di
dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan.
- Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu pun mempunyai unsur-unsur yang terdiri daripada unsur frasa yang lebih kecil, dan setiap satu unsur frasa yang kecil itu pula mengandungi unsur perkataan.
2) PEMBAHAGIAN SUBJEK
DAN PREDIKAT
- Umumnya penutur jati sesuatu bahasa sudah memilik
kemahiran memenggal ayat kepada bahagian-bahagiannya.
- Hal ini disebabkan oleh kecekapan bahasa dan daya
pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen
setiap ayat dalam bahasa ibunda mereka.
CONTOH :
1) Petani itu membajak sawahnya setiap
hari.
2) petani itu
3) membajak sawahnya setiap hari.
- Pemenggalan ayat di atas berlaku secara tradisi,
yang dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa
predikat.
- Dalam ayat di atas, frasa subjek ialah petani itu, manakala frasa predikat ialah membajak sawahnya setiap hari.
CONTOH LAIN :
BAHASA MELAYU
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Ahmad
|
guru sementara di
sekolah itu.
|
Anak Pak Talib
|
menjawat jawatan
baharu.
|
BAHASA ARAB
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Hasnah
‘Hasnah’
|
Jamilatun
‘cantik’
|
Baitun
‘Rumah’
|
Kabirun
‘besar’
|
BAHASA INGGERIS
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
The book
|
Was presented to
Ahmad.
|
Art. Buku
|
Kala dihadiahkan
kepada Ahmad
|
‘Buku itu dihadiahkan
kepada Ahmad.’
|
BAHASA CINA
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
Ta
|
mai syu
|
Ia
|
beli buku.
|
‘Ia beli buku.’
|
BAHASA TAMIL
SUBJEK
|
PREDIKAT
|
|
Avan
|
puttakat-aik
kaanh-ukrh-aan.
|
|
Ia
|
buku-objek
|
lihat-kini-ia
|
‘Ia melihat buku.’
|
SUBJEK
- Dikenali konstituen.
- Terdiri daripada 1 perkataan atau beberapa
perkataan.
- Merupakan frasa nama/yang berfungsi sebagai frasa
nama.
- Unsur yang diterangkan.
PREDIKAT
- Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa.
- Unsur yang menerangkan objek.
3) AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN
AYAT DASAR
- Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
- Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).
AYAT TERBITAN
- Ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.
- Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.
POLA
|
AYAT DASAR
|
AYAT TERBITAN (perluasan)
|
(FN+FN)
|
Faridah guru.
|
Faridah guru yang sabar.
|
(FN+FK)
|
Ah Meng berlari
|
Ah Meng berlari dengan pantas.
|
(FN+FA)
|
Kucing comel
|
Kucing comel itu kesayangan Mama.
|
(FN+FS)
|
Mak Limah ke sawah
|
Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.
|
4) SUSUNAN DALAM AYAT
Dalam susunan biasa ayat
tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat,
seperti dalam contoh-contoh berikut:
- Seorang guru telah memenangi
hadiah itu.
- Beberapa buah bangunan musnah
dalam kebakaran itu.
- Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
Ayat susunan biasa yang
menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya,
konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan, seperti
dalam contoh berikut:
1. (a). Bapa saya dia.
(b).
Dialah bapa saya.
2. (a). Adik kami datang
semalam.
(b).
Datangkah adik kami semalam?.
3. (a). Daya kita apa?
(b).
Apatah daya kita?.
Dalam ayat susunan biasa,
Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi. Contoh;
- . Pengawai itu pun
tidak melayan kita.
- . Saya ingin juga ke
sana.
- . Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
Susunan Songsang.
Ayat tunggul boleh juga
wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam
susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat.
Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui
proses pendepanan predikat iaitu;
a.
Pendepanan
seluruh predikat.
Seluruh konstituen
predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek.
1) Perangainya baik sungguh.
(Baik sungguh perangainya.)
2)
Pendaki
itu berjaya juga akhirnya.
(Berjaya juga akhirnya pendaki
itu.)
3) Orang itu sangat
rajin.
(Sangat rajin orang itu.)
b.
Pendepanan
sebahagian daripada predikat.
i.
Pendepanan
frasa kerja
Dalam proses ini,
bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu
a) Kata
kerja sahaja
1) Kanak-kanak
itu berkejaran-kejaran di padang.
(Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
2) Hati saya terkilan tadi.
(Terkilan hati
saya tadi.)
3) Mereka bekerja setiap
hari.
(Bekerja mereka setiap hari.)
·
b) Kata kerja dengan objek
1. Dia membaca
buku di perpustakaan.
(Membaca buku dia di perpustakaan.)
2. Pak Abu menanam
jagung tahun ini.
(Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)
3. Hatiku terpaut
oleh kemesraannya.
(Terpaut hatiku oleh kemesraannya.)
c) Kata bantu dengan kata kerja\
1. Budak-budak itu
masih bermain.
(Masih bermain budak-budak itu.)
2. Anaknya belum sampai ke
sekolah.
(Belum
sampai anaknya ke sekolah.)
3. Mereka akan pergi ke
Melaka pagi esok.
(Akan
pergi mereka ke Melaka pagi esok.)
ii. Pendepanan
frasa adjektif
a) Pendepanan
Kata Adjektif Sahaja
1. Dia sakit pada
masa itu.
[Sakit
dia pada masa itu.]
2. Badannya lesu
sepanjang masa.
[Lesu
badannya sepanjang masa.]
3. Calon itu baik dalam semua
pelajarannya.
[Baik
calon itu dalam semua pelajarannya.]
b) Pendepanan Kata
Bantu dengan Adjektif
1) Barang itu belum
tentu baik.
(Belum
tentu baik barang itu.)
2) Bangunan itu masih
teguh lagi.
(Masih teguh lagi bangunan itu.)
3) Pesakit itu sedang
sakit tenat.
(Sedang
sakit tenat pesakit itu.)
iii. Pendepanan
frasa sendi nama
a) Frasa sendi
nama sebagai predikat.
1) Barang-barang itu
untuk ibu.
[Untuk ibu barang-barang itu.]
2) Surat itu tentu
daripada Ali.
[Tentu daripada Ali surat itu.]
[Tetap kepada pekerjanya arahan itu.]
b) Frasa sendi
nama sebagai keterangan dalam predikat.
1) Saya berpegang
pada janji.
[Pada janji saya berpegang.]
2) Kaum muslimin
wajib bertawakal kepada Allah.
[Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.]
3) Perarakan itu
menghala ke bandar.
[Ke bandar perarakan itu menghala.]
No comments:
Post a Comment