TOPIK 2 : SINTAKSIS : BIDANG KAJIAN
1) URUTAN KATA DAN PERPINDAHAN KATA
A) URUTAN
KATA
·
Urutan
kata atau kelompok perkataan bertujuan membentuk ayat.
·
Dalam
setiap bahasa urutan kata berbeza-beza.
·
Bahasa
Melayu berbeza dengan bahasa lain.
B) PERPINDAHAN
KATA
- Kedudukan sesuatu/kelompok perkataan dan kebolehan berubah tempat dalam sesuatu binaan ayat juga memperlihatkan ciri perbezaan.
- Menjelaskan bagaimana perpindahan sesuatu kata itu sama ada mengekalkan makna/memberi pengertian yang berbeza.
2) RAGAM DAN JENIS AYAT
A ) RAGAM AYAT
Ayat Aktif
- Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan.
- Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
- Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambut.
- Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
- Contoh:
Ayat Pasif
- Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan.
- Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan
kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum
kata kerja.B) JENIS AYAT
Ayat Penyata
- Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
- Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
- Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang
mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke
sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton
rancangan televisyen.
Ayat Tanya
- Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
- Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
- Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
(i) Ayat Tanya Tanpa Kata
Tanya
- Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
- Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
- Ayat contoh:
a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita
itu diadakan pada minggu hadapan?
(ii) Ayat Tanya Dengan Kata
Tanya
- Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
- Ayat contoh:
a) Barang itu apa ?
b) Pemain piano itu siapa ?
c) Hari jadi kamu bila ?
- Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.
- Ayat contoh:
a) Apakah barang itu ?
b) Siapakah pemain piano
itu ?
c) Bilakah hari jadi kamu ?
Ayat Perintah
- Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
- Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan
Panduan
Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
I) Ayat
Perintah
- Penggunaan Ayat Contoh
- Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah
ini.
3. Fikirkanlah sebelum
bertindak.
II) Ayat
Larangan
- Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
- Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi
jalan.
3. Tak usah kau campur
tangan dalam hal saya.
III) Ayat
Silaan
- Menjemput atau mempersilakan seseorang
- Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum
masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi
keledar.
3. Jemput makan
bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke
rumah saya.
IV) Ayat
Permintaan
- Memohon permintaan dan pertolongan.
- Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan
puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua
bersabar.
3. Tolong ambilkan saya
secawan air.
4. Tolong uruskan perkara
ini dengan segara.
V) Ayat Seruan
- Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
- Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
- Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
- Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis
itu !
b) Wah, mahalnya baju ini !
c) Oh, aku lupa bawa wang
hari ini !
3) SINTAKSIS DAN ASPEK TATABAHASA YANG LAIN
Antara ciri lain yang harus diberikan perhatian dan pertimbangan dalam pembinaan ayat ialah penanda
tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapat dalam pembinaan ayat
termasuklah penanda kasus, kala, dan unsur keserasian. Dalam bahasa Melayu,
tidak terdapat penanda kasus, sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris,
bahasa Arab, bahasa Rusia, dan bahasa Turki.
Penanda bahasa yang sering terdapat dalam proses
pembentukan ayat dalam beberapa bahasa ialah penanada kala, iaitu penanda atau
perubahan yang terjadi pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau
waktu kejadian, sama ada akan, sedang, atau sudah berlaku. Bahasa Inggeris dan
bahasa Jerman merupakan contoh bahasa yang menggunakan penanda kala.
Unsur keserasian juga menjadi salah satu cirri penanda
tatabahasa dalam pembentukan ayat sesetengah bahasa. Dalam bahasa Inggeris dan
Arab, misalnya, unsure keserasian antara kata nama subjek dengan kata kerja
adalah penting, oleh sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk
tidak akan menjadi gramatis.
Satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis atau
persoalan sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentu maknanya atau, dengan
erti kata lain, terdapat binaan yang menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam
hubungan ini juga daya pengetahuan atau kecekapan berbahasa yang ada pada
seseorang penutur tentang struktur unsur membolehkannya mengatasi masalah
ketaksaan ayat yang berlaku.
No comments:
Post a Comment