TOPIK 10 : Ayat Bahasa Melayu
KERANGKA TAJUK
1) AYAT, KLAUSA, FRASA DAN PERKATAAN
a) Ayat
Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik
Safiah Karim et.al. 2008).
Menurut Abdullah Hassan et.al (2006),
ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan
kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.
Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok
tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat.
Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat
pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu
menerangkan tentang rumah, baju, kereta dan seumpamanya.
Contoh :
(1). Sekolah di tepi laut.
Dalam ayat (1) sekolah terdiri
daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya,
sekolah ialah komponen subjek ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan
tentang subjek ayat. Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang terletak
di tepi laut.
(2) Rumah langsir biru.
Dalam ayat (2) rumah ialah kelompok
perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang
tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang
menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.
b) Klausa
Klausa ialah satu rangkaian
perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam
ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas
Klausa bebas ialah klausa yang
terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan
boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang
sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al
2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas)
klausa 2 : kerana cekap menguruskan
perniagaan (klausa tak bebas)
Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya
kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa bebas juga disebut sebagai
klausa utama.
Berdasarkan contoh :
Majid kaya kerana cekap menguruskan
perniagaan.
[klausa bebas] [ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas
adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta
mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.
c) Frasa
Frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan,
ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan
atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008) Frasa nama boleh terbentuk daripada
satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang
sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa
didapati merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di
dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus
struktur frasa.
Frasa di atas berasaskan satu binaan
ayat (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu
perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju,
baju kurung, sehelai baju kurung, dan sebagainya. Jadi, frasa yang asas iaitu baju
kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain
hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.
d) Perkataan
Perkataan ialah konstituen kepada
frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu
(Abdullah Hassan et.al , 2008). Bentuk-bentuk perkataan seperti
sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu.
Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata nama, kata kerja,
kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya.
Contoh:
kata nama: pelajar, ayah, Seremban,
taman
kata kerja : makan, tidur, melukis,
menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal,
tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai,
dari Johor, daripada besi
2) Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi
sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus
tatabahasa.
Semua ayat yang terbina secara lengkap
sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam
sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat pola asas
iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS
Komponen frasa boleh mengandungi satu
perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam
bentuk frasa.
Contoh:
3) Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang
mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai
satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat
tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai
persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat
dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan
dan sebagainya. Sementara, ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Jelas
bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu
subjek dan satu predikat.
Contoh:
Dalam proses binaan ayat tunggal ini
, terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti
dalam ayat songsang.
Contoh:
(a) Mariam ke pasar raya hari
ini.
(b) Ke pasar raya Mariam hari
ini.
(a) Baju itu di dalam almari.
(b) Di dalam almari baju itu.
(a) Kuih itu dimakannya.
(b) Dimakannya kuih itu.
(a) Pokok kayu itu ditebangnya.
(b) Ditebangnya pokok kayu
itu.
Berdasarkan contoh-contoh ayat
tersebut, jelas didapati bahawa subjek dan predikat dalam ayat dasar boleh
bertukar ganti mengikut keperluan dan keutamaan penutur bahasa. Jelas, proses
sedemikian menggambarkan sifat bahasa Melayu yang dinamik dalam pelbagai aspek
bahasa dan rumus tatabahasa.
RUJUKAN UTAMA
- Abdullah Hassan (2005) Linguistik Am. Pahang:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
- Abdullah Hassan et.al (2006) Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
- Nik Safiah Karim et.al (2008) Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu II. Petaling Jaya: Oxford Fajar Sdn.Bhd.