Thursday, February 6, 2014

NOTA BERDASARKAN PROFROMA
TOPIK 1 : Sintaksis : Bidang Kajian

1) Struktur Binaan Ayat

  • Binaan/konstruksi merupakan setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa.
  • Binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata yang, dalam ilmu bahasa, dikenali sebagai unsur/konstituen.
CONTOH :
                                                   
1) Kassim makan. --- ayat 1 merupakan binaan.
2) Kassim --- unsur/konstituen
3) makan --- unsur/konstituen

  • Namun pada umumnya, ayat dalam Bahasa Melayu jauh lebih panjang dan kompleks daripada contoh yang diberikan di atas, dan dapat dianalisis sebagai terdiri daripada unsur klausa, yang terkandung di dalamnya beberapa unsur frasa dan tidak hanya perkataan.
  • Frasa yang terdapat dalam sesuatu ayat itu pun mempunyai unsur-unsur yang terdiri daripada unsur frasa yang lebih kecil, dan setiap satu unsur frasa yang kecil itu pula mengandungi unsur perkataan.
2) PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT
  • Umumnya penutur jati sesuatu bahasa sudah memilik kemahiran memenggal ayat kepada bahagian-bahagiannya.
  • Hal ini disebabkan oleh kecekapan bahasa dan daya pengetahuan untuk mengetahui struktur unsur atau struktur konstituen setiap ayat dalam bahasa ibunda mereka.
CONTOH :
                                     



1) Petani itu membajak sawahnya setiap hari.
2) petani itu
3) membajak sawahnya setiap hari.
  • Pemenggalan ayat di atas berlaku secara tradisi, yang dikenali sebagai pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat.
  • Dalam ayat di atas, frasa subjek ialah petani itu, manakala frasa predikat ialah membajak sawahnya setiap hari.
CONTOH LAIN :

BAHASA MELAYU
SUBJEK
PREDIKAT
Ahmad
guru sementara di sekolah itu.
Anak Pak Talib
menjawat jawatan baharu.

BAHASA ARAB
SUBJEK
PREDIKAT
Hasnah
‘Hasnah’
Jamilatun
‘cantik’
Baitun
‘Rumah’
Kabirun
‘besar’

BAHASA INGGERIS
SUBJEK
PREDIKAT
The book
Was presented to Ahmad.
Art. Buku
Kala dihadiahkan kepada Ahmad
‘Buku itu dihadiahkan kepada Ahmad.’

BAHASA CINA
SUBJEK
PREDIKAT
Ta
mai syu
Ia
beli buku.
‘Ia beli buku.’

BAHASA TAMIL
SUBJEK
PREDIKAT
Avan
puttakat-aik        kaanh-ukrh-aan.
Ia
buku-objek
lihat-kini-ia
‘Ia melihat buku.’

SUBJEK
  • Dikenali konstituen.
  • Terdiri daripada 1 perkataan atau beberapa perkataan.
  • Merupakan frasa nama/yang berfungsi sebagai frasa nama.
  • Unsur yang diterangkan.
PREDIKAT
  • Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa.
  • Unsur yang menerangkan objek.
3) AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

AYAT DASAR
  •  Ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. 
  • Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat-ayat lain (Raminah Hj.Sabran, Rahim Syam ,1987).
AYAT TERBITAN 
  • Ayat yang terhasil daripada proses penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.
  • Proses penerbitan ayat berlaku sama ada secara pengguguran, penyusunan semula atau peluasan.
POLA
AYAT DASAR
AYAT TERBITAN (perluasan)
 (FN+FN)

 Faridah guru.
 Faridah guru yang sabar.
 (FN+FK)

 Ah Meng berlari
 Ah Meng berlari dengan pantas.
 (FN+FA)

 Kucing comel
 Kucing comel itu kesayangan Mama.
 (FN+FS)

 Mak Limah ke sawah
 Mak Limah ke sawah untuk menuai padi.

4) SUSUNAN DALAM AYAT
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:
  1.      Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
  2.      Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
  3.      Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
Ayat susunan biasa yang menggunakan kata penegas seperti -lah, -tah, -kah. Dalam penggunaannya, konstituen yang menerima kata penegas akan mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh berikut:
1. (a). Bapa saya dia.
    (b). Dialah bapa saya.
2. (a). Adik kami datang semalam.
    (b). Datangkah adik kami semalam?.
3. (a). Daya kita apa?
    (b). Apatah daya kita?.

Dalam ayat susunan biasa, Kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi. Contoh;
  1.  .    Pengawai itu pun tidak melayan kita.
  2.  .    Saya ingin juga ke sana.
  3.  .    Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
Susunan Songsang.
Ayat tunggul boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu;
a.    Pendepanan seluruh predikat.
Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek.

1)     Perangainya baik sungguh.
      (Baik sungguh perangainya.)
2)     Pendaki itu berjaya juga akhirnya
       (Berjaya juga akhirnya pendaki itu.)
3)   Orang itu sangat rajin.
      (Sangat rajin orang itu.)

b.    Pendepanan sebahagian daripada predikat.
i.  Pendepanan frasa kerja
Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu                                                            
      a)  Kata kerja sahaja

1)  Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.
     (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.
2)  Hati saya terkilan tadi.
     (Terkilan hati saya tadi.)
3)  Mereka bekerja setiap hari.
     (Bekerja mereka setiap hari.)
·        

     b)  Kata kerja dengan objek
 1.  Dia membaca buku di perpustakaan. 
      (Membaca buku dia di perpustakaan.)
2.  Pak Abu menanam jagung tahun ini.
     (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)
3.  Hatiku terpaut oleh kemesraannya.
     (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.)

    
    c) Kata bantu dengan kata kerja\
1.  Budak-budak itu masih bermain.
     (Masih bermain budak-budak itu.)
2. Anaknya belum sampai ke sekolah. 
    (Belum sampai anaknya ke sekolah.)
3. Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.
    (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.)


ii. Pendepanan frasa adjektif

 a) Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
1. Dia sakit pada masa itu.
    [Sakit dia pada masa itu.]
2. Badannya lesu sepanjang masa.
    [Lesu badannya sepanjang masa.]
3Calon itu baik dalam semua pelajarannya.
    [Baik calon itu dalam semua pelajarannya.]

b) Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
1) Barang itu belum tentu baik.
    (Belum tentu baik barang itu.)
2) Bangunan itu masih teguh lagi.
     (Masih teguh lagi bangunan itu.)
3) Pesakit itu sedang sakit tenat.
    (Sedang sakit tenat pesakit itu.)

iii. Pendepanan frasa sendi nama

a) Frasa sendi nama sebagai predikat.
1)  Barang-barang itu untuk ibu.
     [Untuk ibu barang-barang itu.]
2) Surat itu tentu daripada Ali.
     [Tentu daripada Ali surat itu.]
3) Arahan itu tetap kepada pekerjanya.
     [Tetap kepada pekerjanya arahan itu.]


b) Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
1)  Saya berpegang pada janji.
      [Pada janji saya berpegang.]
2)  Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.
      [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.]
3)  Perarakan itu menghala ke bandar.
      [Ke bandar perarakan itu menghala.]

Tuesday, February 4, 2014


ENTRI KELIMA
5.0 AYAT MAJMUK
  • Merupakan ayat terbitan yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih.
  • Percantuman ayat-ayat tunggal itu dibuat dengan cara tertentu, antaranya dengan menggunakan kata hubung, kata fakta ‘bahawa’, kata relatif ‘yang’, tanda koma dan tambahan keterangan.
  • Ayat tunggal berbeza daripada ayat majmuk kerana ayat tunggal terdiri daripada satu klausa yang mengandungi satu subjek dan satu predikat, manakala ayat majmuk pula mengandungi lebih daripada satu klausa.
  • Ayat-ayat majmuk boleh dikumpulkan kepada beberapa jenis berdasarkan  cara pembentukannya.
  • Hal ini bermakna ayat majmuk mempunyak lebih daripada satu subjek dan/atau predikat dan sering diiringi keterangan.

5.1 Ayat Majmuk Gabungan
  • Ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat tunggal atau lebih yang dicampurkan dengan kata hubung atau hentian nada suara sebagai penanda. 
  • Ayat-ayat tunggalnya boleh berdiri dengan sendirinya dan daripada jenis yang sama.
a.  Jika fakta-faktanya seragam, kata hubung seperti dan, lalu serta  dan sambil digunakan.  Contohnya:
i.  Ia menjerit lalu  menangis.
ii. Melukis dan menulis menjadi kegemarannya.

b. Jika fakta-faktanya bertentangan, kata hubung seperti tetapi, sebaliknya dan padahal,  hendaklah digunakan.  Contohnya:
i.  Pegawai itu sombong tetapi pemurah.
ii. Tiada siapa yang dapat masuk melainkan  ibu bapanya.

c. Ayat-ayat yang membentuk ayat gabungan hendaklah daripada jenis yang sama misalnya ayat penyata disambungkan dengan ayat penyata, ayat tanya dicantumkan dengan ayat tanya. Contohnya :      
i.  Dia sudah mandi dan berpakaian.
ii. Sudahkah awak berjumpa dengan ibu dan meminta nasihatnya ?

d. Kata hubung yang berulang-ulang hendaklah digugurkan kecuali yang terakhir. Contohnya:
i.   Izah, Mariam, Adi dan Kalsom berjalan  ke pejabat tiap-tiap hari.

e.  Kata hubung, kadang-kadang, boleh digugurkan tanpa menyebabkan perubahan makna ayat.  Dalam hal ini, tanda koma boleh digunakan jika dalam bahasa tulisan, manakala dalam bahasa lisan pula, ‘hentian suara yang sebentar’ dilakukan sebagai penentu. Contohnya:
i.    Dia berdiri tegak, bercekak pinggang, merenung lawannya.

Daripada contoh-contoh tadi, dapat dilihat bahawa penggabungan berlaku pada subjek predikat dan keterangan.  Penggabungan boleh juga dilakukan pada ayat dan objek. Contohnya:
i.  Adik ke sekolah manakala (penggabungan ayat) kakak ke pejabat ayah.
ii. Ibu membeli ikan dan sayur (penggabungan objek) di pasar.        


  • Melalui penggabungan, unsur-unsur yang sama misalnya subjek, predikat dan sebarang bahagian ayat yang sama boleh digugurkan.

5.3 Ayat Majmuk Pancangan
  •  Ayat ini terbina daripada ayat-ayat yang tidak sama tarafnya, iaitu satu ayat utama  atau ayat induk dan satu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. 
  • Ayat pancangan terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
   a.    Ayat Relatif
  • Ayat relatif menggunakan kata relatif ‘yang’ yang memancangkan ayat kecilnya dan menggantikan bahagian frasa yang berulang. Contohnya:
             i.          Budak yang menangis itu sudah diberi makan.
                         Budak itu sudah diberi makan. (Ayat induk)
                         Budak itu menangis.  (Ayat kecil)

    b.  Ayat Komplemen
  • Ayat pancangan jenis ini terdiri daripada ayat induk dan klausa komplemen (KK).       
  • Kata hubung komplemen seperti bahasa, untuk, dan demi digunakan untuk memancangkan ayat komplemen. Contohnya: 
                 i.          Bahawa saya bersalah memanglah saya akui.
                                                  (KK sebagai subjek)
                ii.         Dia sudah mengetahui  bahawa anaknya mendapat tempat di
                                                  UIA. (KK sebagai objek)
                iii.        Kami tahu bahawa anak-anak kami perlu bersekolah
                                                  (KK sebagai unsur predikat)
         c.    Ayat Keterangan
  • Ayat ini mengandungi ayat induk dan ayat kecil yang bertugas sebagai keterangan predikat.  
  • Contoh kata hubung yang digunakan ialah ketika, kerana, semasa, dengan, dan sungguhpun. Contoh:
             i.       Dia lambat tiba kerana keretanya rosak. (Keterangan sebab)
            ii.       Jika dia pergi,  saya akan tinggal di rumah sahaja. (Keterangan syarat)
            iii.      Walaupun hujan lebat, ia tetap hendak ke sekolah.  (Keterangan pertentangan)
            iv.     Kakak berdoa semoga suaminya selamat. (Keterangan harapan)

5.4 Ayat Majmuk Campuran
  • Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat. 
  • Ayat ini biasanya panjang dan proses penggabungannya lebih kompleks daripada yang dinyatakan di atas. 
  • Pemilihan kata hubung, penggunaan kata relatif ‘yang’ dan kata komplemen ‘bahawa’ dan penyusunan ayat-ayat perlu diberi perhatian. 
  • Tanda koma juga kerap digunakan dalam ayat ini.
Contoh:
      Kalau  ingin mendapat kelulusan  yang  baik dalam peperiksaan, kita hendaklah selalu
      membaca  dan mengulang kaji pelajaran kita  dari awal tahun lagi.

5.5 Ayat Majmuk Pasif
  • Ayat jenis ini boleh dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi kata kerja transitif. 
  • Pastikanlah supaya hanya bentuk pasif yang betul yang digunakan.
         Contoh:
         i.          Kami ditegur  oleh pensyarah itu kerana bergurau keterlaluan dalam bilik kuliah.
         ii.         Kajian yang rumit itu dijalankan  di makmal UTM, Skudai.
         iii.        Pegawai tersebut akan bertindak jika diarahkan  oleh pihak pentadbiran
                     jabatannya.
        iv.         Komputer ini sering  digunakan  oleh pihak pengurusan dan unit latihan ketika
                     membuat tunjuk cara.
ENTRI KEEMPAT

4.0 SUSUNAN KONSTITUEN AYAT TUNGGAL

  • Terdapat dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang.
SUSUNAN BIASA
  • Suasana ucapan adalah biasa.
  • Tiada terdapat penegasan yang khusus pada mana-mana unsurnya.
Subjek
Predikat
Pelari itu
telah memenangi tempat pertama.
Beberapa buah rumah
musnah dalam kebakaran itu.
Setengah-setengah bangunan lama itu
masih kukuh lagi.
Penyalahgunaan dadah
salah di sisi undang-undang.

SUSUNAN SONGSANG
  • Melalui proses pendepanan atau penjudulan.
  • Unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas subjek dipindahkan ke hadapan subjek.
  • Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan.
  • Terdapat dua jenis proses pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu pendepanan seluruh predikat dan pendepanan sebahagian daripada predikat.
i) Pendepanan seluruh predikat.
  • Seluruh konstituen predikat dibawa ke hadapan mendahului subjek.
Susunan Biasa
Ayat songsang yang dikedepankan seluruh predikat
Perangainya baik sungguh.
Baik sungguh perangainya.
Pendaki itu berjaya juga akhirnya.
Berjaya juga akhirnya pendaki itu.
Rasa buah itu enak sekali.
Enak sekali rasa buah itu.
Nasibnya sungguh malang
Sungguh malang nasibnya.

ii) Pendepanan sebahagian daripada predikat
  • Bahagian-bahagian dalam predikat yang terlibat :
a) Pendepanan frasa kerja.
b) Pendepanan frasa adjektif.
c) Pendepanan frasa sendi nama.

a) Pendepanan Frasa Kerja
  • Melalui proses ini , bahagian dalam frasa kerja, iaitu kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata kerja dengan kata bantu boleh alami proses pendepanan.
Pendepanan kata kerja sahaja.

Susunan Biasa
Pendepanan Kata Kerja
Hati saya terkilan tadi.
Terkilan hati saya tadi.
Mereka berlatih setiap hari.
Berlatih mereka setiap hari.
Dia terduduk di situ.
Terduduk dia di situ.
Bayi itu menangis setiap malam.
Menangis bayi itu setiap malam.

Pendepanan kata kerja dengan objek.

Susunan Biasa
Pendepanan Kata Kerja dengan Objek
Dia membaca buku di perpustakaan.
Membaca buku dia di perpustakaan.
Pak Ali menanam tebu tahun ini.
Menanam tebu Pak Ali tahun ini.
Abu tersadung batu dalam permainan itu.
Tersadung batu Ali dalam permainan itu.
Murid nakal itu kena denda semalam.
Kena denda murid nakal itu semalam.

Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.

Susunan Biasa
Pendepanan Kata Kerja dengan Kata Bantu
Budak-budak itu masih bermain.
Masih bermain budak-budak itu.
Abangnya baru sampai dari perantauan.
Baru sampai abangnya dari perantauan.
Guru itu sedang mengajar.
Sedang mengajar guru itu.
Mereka akan pergi ke Pahang petang esok.
Akan pergi ke Pahang mereka petang esok.

b) Pendepanan frasa adjektif
  • Dalam susunan ayat biasa, kata adjektif hadir dalam predikat yang terletak selepas sesuatu subjek. 
  • Susunan boleh ditebalikkan dengan meletakkan frasa adjektif di bahagian hadapan ayat iaitu mendahului subjek.
  • Bahagian yang dikedepankan ialah kata adjektif sahaja atau kata adjektif dengan kata bantu.
Pendepanan Kata Adjektif sahaja.

Susunan Biasa
Pendepanan Kata Adjektif
Dia sakit pada masa itu.
Sakit dia pada masa itu.
Badannya lesu sepanjang masa.
Lesu badannya sepanjang masa.
Orang tua itu lumpuh dengan tiba-tiba.
Lumpuh orang tua itu tiba-tiba.
Pelajar itu baik dalam aspek sahsiahnya.
Baik pelajar itu dalam aspek sahsiahnya.

Pendepanan Kata Adjektif dengan Kata Bantu.

Susunan Biasa
Pendepanan Kata Adjektif dengan Kata Bantu
Ikan itu belum tentu baik.
Belum tentu baik ikan itu.
Bangunan tua itu masih teguh lagi.
Masih teguh lagi bangunan lama itu.
Orang tua itu sedang sakit tenat.
Sedang sakit tenat orang tua itu.
Anak professor belum tentu pandai.
Belum tentu pandai anak profesor.

c) Pendepanan frasa sendi nama
  • Proses ini mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapaan, iaitu mendahului subjek.
  • Frasa sendi nama dalam susunan ayat biasa hadir pada konstituen predikat, sama ada sebagai predikat frasa sendi nama atau sebagai keterangan dalam predikat : Frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Frasa Sendi Nama sebagai Predikat

Susunan Biasa
Frasa Sendi Nama sebagai Predikat
Barang-barang itu untuk ibu.
Untuk ibu barang-barang itu.
Surat ini daripada Ali.
Daripada Ali surat ini.
Tiket basnya masih pada saya.
Masih pada saya tiket basnya.
Dia di Selangor sekarang.
Di Selangor dia sekarang.

Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan dalam Predikat

Susunan Biasa
Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan dalam Predikat
Saya berpegang pada janji.

Pada janji saya berpegang.
Encik Ali akan menghadiri kursus itu pada hujung minggu ini.
Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.
Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.
Murid itu menelaah pelajaran untuk peperiksaan akhir.
Untuk peperiksaan akhir murid itu menelaah pelajaran.